Sinar Kemuliaan  

Posted by Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar in

Sepanjang tempoh blog ini tidak diupdate,ana telah melakukan banyak aktiviti yang melibatkan jemputan ke sekolah-sekolah untuk menjadi fasilitator iaitu pembimbing kepada adik-adik di sekolah.

Sememangnya aktiviti sebegini memang menjadi kebiasaan ana sendiri semenjak menjejak kaki ke peringkat pengajian tinggi ini..

Ana bersyukur tidak terhingga kerana banyak mendapat jemputan sedemikian,tetapi disebabkan banyak faktor yang tidak dapat dielakkan maka,ada antara program yang menjemput ana untuk mengendalikannya terpaksa dibatalkan dan dicari pengganti.

PROGRAM PERTAMA

Kem Smart(Anjuran Bekas Pelajar SMK AGAMA KEDAH)

Antara gambar-gambar dan pemandangan sekitar kem berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar:









Sinar Kemuliaan,Sinar Harapan  

Posted by Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar in

السلام عليكم...


Alhamdulillah..



Sudah sekian lama tidak memperbaharui dan meng-update-kan blog ini,ana dengan ini
memohon ribuan kemaafan kepada antum dan antunna semua atas perkara tersebut.Disebabkan banyak komitmen dan kesulitan yang seringkali menjadikan blog ini tidak ter-update oleh ana sendiri..

Mesti antara pembaca-pembaca,antum dan antunna semua tertunggu-tunggu Sinar Kemuliaan,Sinar Harapaniaitu nama yang diberikan kepada wadah-wadah atau peringatan yang dipaparkan dan diperlihatkan kepada semua dalam blog ini..

Sebelum memulakan kalam yang lebih panjang,ana sorotkan bait-bait kata yang dapat direnungi bersama oleh kita semua;

Aku minta KEKAYAAN agar aku bahagia
Namun Ia memberi KEKURANGAN agar aku bijaksana
Aku minta KUASA agar aku dipuja sesama
Namun Ia memberi KELEMAHAN agar aku bergantung padaNya





Aku minta SEGALA SESUATU agar aku MENIKMATI KEHIDUPAN
Namun Ia memberi KEHIDUPAN agar aku MENIKMATI SEGALA SESUATU
Aku minta KESIHATAN agar aku MENGERJAKAN YANG LEBIH BESAR
Namun Ia memberi ANUGERAH agar aku MENGERJAKAN YANG LEBIH BAIK
AKU TAK SELALU MEMPEROLEH APA YANG AKU MINTA
NAMUN DOAKU SELALU TERJAWAB