MAI OII CEK MAI KITA PAKAT PI FESTIVAL "KEDAH SEJAHTERA"  

Posted by Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar in



Festival Kedah Sejahtera

PENGENALAN

Negeri Kedah Darul Aman atau lebih dikenali dengan Negeri Jelapang Padi terletak di bahagian Utara Semenanjung Malaysia meliputi kawasan seluas 9,245 km persegi. Negeri Kedah yang berkepadatan penduduk hampir 2 juta orang terkenal dengan pelbagai tarikan destinasi pelancongan yang menarik antaranya Pulau Langkawi.

Festival Kedah Sejahtera adalah hasil penjanaan idea dari Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dalam usaha menyampaikan visi dan misi kerajaan kepada seluruh rakyat. Penganjuran ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam memupuk persekitaran masyarakat yang harmoni seterusnya untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat dan negeri.

Festival Kedah Sejahtera bakal berlansung pada :

Tarikh : 22 Julai 2009 hingga 28 Julai 2009

Tempat : Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani.



KUNJUNGAN DI RAJA

* Penganjuran festival ini bakal menerima kunjungan di raja dari Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 23 Julai 2009.

Acara menarik yang bakal berlangsung sepanjang Festival Kedah Sejahtera 2009 adalah seperti berikut:

* Konsert oleh Ramli Sarip dan Ezad
* Persembahan nasyid daripada Hijjaz, Akil Hayy dan Suhaimi
* Siaran langsung dari tapak di tv9 program Halaqah dan Nasi Lemak Kopi O
* Forum Perdana Hal Ehwal Islam
* Ceramah motivasi PMR dan UPSR oleh Dr. Shukri Abdullah
* Pertandingan Paint ball
* Deklamasi Puisi oleh A.Samad Said

dan banyak lagi acara menarik menanti ada...Semua acara tertakluk kepada sebarang perubahan.

Kemenangan PAS,Kemenangan Semua...  

Posted by Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar in




14 Julai 2009
MANEK URAI : MUKTAMAD : PAS menang




PAS : 5,348
BN : 5,283
Undi Di Tolak : 117
Majoriti : 65

Peratus undi : 87%

Calon PAS kekalkan DUN Manek Urai, majoriti tipis

Oleh NURUL AIN

KUALA KRAI: PAS berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti tipis 65 undi.

Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah memperoleh 5,348 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat menerima 5,283.

Majoriti PAS pada Mac 2008 ialah 1,352 undi.

Ia diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin pukul 9.07 malam selepas suasana cemas dengan kiraan undi di beberapa pusat mengundi sejak 7 malam tadi.

Sejak 7 malam tadi muncul pelbagai desas-desus bahawa masing-masing calon PAS dan BN mencapai kemenangan di kubu kuat PAS ini.

Kerusi DUN Manek Urai kosong berikutan kematian Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu. Ismail, 60, daripada PAS memenangi kerusi Manek Urai sejak pilihan raya umum 1985 kecuali pada 2004.

Pada pilihan raya umum ke-12, Ismail yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Krai menewaskan Mohamed Zulkifli dari BN dengan majoriti 1,352 undi.

Seramai 12,293 pengundi layak untuk calon pilihan mereka antara Tuan Aziz dan Fauzi. Hampir 99.2 peratus pemilih adalah kaum Melayu sementara hanya 0.46 peratus Cina, 0.23 peratus India dan 0.11 peratus kaum-kaum lain.

 

Posted by Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar in

PROGRAM KEEMPAT

Kem Multaqa Sanawi(Anjuran SMK Dato' Syed Ahmad)

Antara gambar-gambar dan pemandangan sekitar kem berlangsung di dalam sekolah ini sendiri:






Kem ini dikhususkan kepada semua pelajar aliran agama di sekolah ini,iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Ahmad,tingkatan 1 hingga tingkatan lima.Apa yang membanggakan ana ialah kerana ana juga merupakan salah seorang bekas pelajar di sekolah ini yang dahulunya pernah mengikuti kem ini sebanyak dua kali.Tidak terfikir dalam benak dan sanubari ana terpilih untuk menjadi fasilitator dalam kem yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar aliran agama di sekolah ini.Shukran jazilan kepada para ustaz dan ustazah,serta pihak sekolah yang sudi menjemput ana.

Katanya kem Multaqa Sanawi tahun ni lebih 'LUXURY',mewahla kalu ikut bahasa kampung terchenta ana,yakni KAMPUNG BAROKHAS..hehehe..yalah bajet untuk buat kem ni menurut ustaz kesayangan ana iaitu,USTAZ AZMI,merangkap bekas ustaz yang mengajar ana BAHASA ARAB masa tingkatan empat dan lima dulu hampir-hampir mencecah RM20,000..







Di sini ana selitkan sikit hiwar ana bersama dia ikut bahasa slanga,harap pembaca kalian memahaminya..





"Ustaz,dengaq kata kem tahun ni mewah lagi dari taun lepaih...betoi kaaa??terpacul soalan daripada mulut ana pada suatu hari di bilik warden sekolah ini dalam suasana yang aman dan harmoni..saja-saja di tambah.."hah,yalah taun ni memang grand pun nak bagi semua ingat setiap kali nak buat kem ni lagi..lagi pulak sekolah kita banyak duitla..hahaha..SEKOLAH KLUSTER la katakan.."spontan ustaz menjawab..uish,tidak terfikir di fikiran ana bahawa sememangnya tahun ini adalah tahun gemilang sekolah ini kerana di nobatkan sebagai sekolah kluster peringkat kebangsaan..ana bertanya lagi dengan nada spontan dan teruja.."Katanya grand,awat?"..ustaz menjawab.."Yalah ikut rancangan hari ketiga nanti kita akan buat lawatan pencegahan MAKSIAT tergempaq!!hahaha,lawak jalah,lawatan ke sekitar Penang la..."..ana kaget dan tersentakla..ingat betul nak buat lawatan pencegahan tu..tambah ustaz lagi,"Tapi ikutnya hari sabtu ni banyak ustaz dan ustazah takdak,jadi akan ditunda pada hari lain..".."Yaka ustaz??"tanya ana..huhuhu melepasla keinginan ana nak sertai sama..

Ma makna Multaqa Sanawi wa al-maudu' Al-lughah lil hayah??terkejut ana apabila ada seorang pelajar junior bertanyakan ana..ana dengan spontan menjawab..Multaqa bi makna perhimpunan,wal sanawi bi makna tahunan..maudu' maksudnya tema atau maksud dan lughah lil hayah,BAHASA ARAB DALAM KEHIDUPAN..mengangguk-angguk kepala junior ana tadi.Baru dia mengerti.Selidik punya selidik,junior ana ni baru tingkatan satu.Banyak 'vocab' arab yang dia tak tau lagi...

Banyak aktiviti yang telah dilaksanakan dan dilangsungkan dalam pengisian kem ini..




Sememangnya aktiviti-aktiviti sedemikian yang telah dijalankan menguji kemampuan para pelajar aliran agama untuk menggunakan BAHASA ARAB dengan sewajarnya dalam kehidupan..

Alhamdulillah,selesai tiga hari berkampung di SMK Dato' Syed Ahmad,akhirnya pada hari Sabtu berlangsungnya majlis penutupan..

Di sini ana nak coretkan ribuan kemaafan kepada semua teman-teman fasilitator yang mungkin terguris hati ngan ana..ABANG SHAHRIN,ABANG KUDIN dok panggil KUDIN ja,tapi hormat sebab tua punya pasai..hehehe..,KAK SYAFAZILAH,KAK MARDIAH(ana panggil kat dia ni USTAZAH,kira selalula dok sakat dia..),KAK SUHAIDAH(kak yang paling rapat dan selalu melawak ngan dia ni..tapi budak-budak takut kat dia disebabkan oleh pengambil alihan jawatan sebagai PEN KOM,PENOLONG KEM KOMANDEN la..),KAK AMIRAH,KAK AFRAH,ZAKIRAH,FIKRI DAN HUSNA(junior ana sendiri),KAK SURAYA AHMAD DAN KAK AINA(ana panggil KAK SURAYA OMAN DAN KAK AINA OMAN sebab baru balik dari OMAN la..hehehe),KAK KEMBAQ(MASIHA DAN MASITA),KAK SYIDAWATI,KAK ZIRA(DEPA NI DOK DEKATLA NGAN ANA..TAPI TAK PENAH JUMPA),KAK ILA yang sportingla jugak walaupun dah berzauj..hehehe,KAK NIZA yang selalu jugak sakat ana(satu matlamat ngan KAK SU,INSYAALLAH/MASYAALLAH,tu ja perkataan yang sering depa cakap)..jgan marah..HEHEHE..,YANG PALING SPECIAL KAT SINI KAWAN-KAWAN ANA LA YANG SENTIASA DEKAT DI HATI..macam TV9 la plak..IZZAT(JAT),ROSNI(CENIK ATAU NAMA FEMES DIA SANI),MARWAN(WAN),AZHAR(AT,shukran jazilan AT..walaupun duduk dalam kem hanya sehari,berkorban duit untuk balik..pastu p plak..tima kasih tak terhingga..syukur ana ada kawan-kawan yang bersifat AL-WAHAN ni..tak pentingkan dunia..hehehe..),IZZATINA GHAFFAR,ZATY HULWANI DAN KHALIDAH AMIRAH,AKHIR SEKALI,KAWAN-KAWAN ANA YANG PALING SPECIAL(DEPA NI TIGA KEM BERSAMA ANA)..SAPA LAGI KALAU TAK LAIN TAK BUKAN,UNIT MULTIMEDIA YANG BERTUNGKUS-LUMUS MENYIAPKAN PERALATAN JUGAK TAYANGAN MULTIMEDIA TERMASUK ANA SENDIRI..(aii,nak jugak),ZULHELMI YUSOF yang sporting lagi kiut(puji ikhlas tau..),jugak PAK LAH yang sentiasa LOW PROFILE..JAZAKALLAH KHOIRON KATHIRA..JUMPA LAGI "MULTAQA SANAWI TAHUN 2010" NOH??INSYAALLAH....













 

Posted by Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar in

PROGRAM KETIGA

Kem Bisafa(Anjuran Persatuan Mahasiswa UKM Kedah)

Antara gambar-gambar dan pemandangan sekitar kem berlangsung di Belantara Elit,Kuala Nerang:





 

Posted by Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar in

PROGRAM KEDUA

Kem Bahasa Inggeris(Anjuran SMK Kubor Panjang)

Antara gambar-gambar dan pemandangan sekitar kem berlangsung di Kem PJ Sentosa di Puncak Janing Resort:





Sinar Kemuliaan  

Posted by Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar in

Sepanjang tempoh blog ini tidak diupdate,ana telah melakukan banyak aktiviti yang melibatkan jemputan ke sekolah-sekolah untuk menjadi fasilitator iaitu pembimbing kepada adik-adik di sekolah.

Sememangnya aktiviti sebegini memang menjadi kebiasaan ana sendiri semenjak menjejak kaki ke peringkat pengajian tinggi ini..

Ana bersyukur tidak terhingga kerana banyak mendapat jemputan sedemikian,tetapi disebabkan banyak faktor yang tidak dapat dielakkan maka,ada antara program yang menjemput ana untuk mengendalikannya terpaksa dibatalkan dan dicari pengganti.

PROGRAM PERTAMA

Kem Smart(Anjuran Bekas Pelajar SMK AGAMA KEDAH)

Antara gambar-gambar dan pemandangan sekitar kem berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar: