Posted by Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar in

SOLAT TAHAJUD - DARI PERSPEKTIF PERUBATAN




Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of HumanSciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.
Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap.Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.

Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk
memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.
Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktutidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.
Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.
3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.
4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.
Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doctor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.
Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.
Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah." ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )
IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN.
Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao,Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka
berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antanra agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao,Confusies dan Sikh.
PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep." Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulusebelum saya tidur." "The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka
bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. " Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.
Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat penting dalam
memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini.

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD  

Posted by Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar in

Orang yang rajin melakukan solat sunat tahajud mendapat 9 kelebihan. 5 daripadanya diperoleh di dunia, manakala selebihnya akan diperoleh di akhirat.

5 kelebihan yang diperoleh di dunia:

1. Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
2. Tanda berkat pada wajahnya
3. Disukai oleh ramai manusia
4. Allah jadikannya seorang yang bijaksana
5. Bila bercakap penuh hikmah
4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:
1. Wajahnya bercahaya
2. Diringankan hisab
3. Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
4. Dapat buku amalan dengan tangan kanan

"Ya Allah…ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu…"

بسم الله  

Posted by Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar in

ALHAMDULILLAH..BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI..

Baru hari ini ana sempat meng-updatekan ana punya page..disebabkan banyak faktor-faktor yang menghalang ana menaip disebabkan oleh banyak tugasan dan menghadiri majlis-majlis tertentu pada minggu lepas..





tanggal hari khamis yang lalu,ana telah menghadiri satu kem yang di anjurkan oleh JIM(JEMAAH ISLAH MALAYSIA) di Muar,Johor yang mengadakan dan menganjurkan kem BERSAMAMU..DI Sekolah Kebangsaan Jorak..DI bawah ini ana lampirkan gambar-gambar ana semasa berada di sana..





المسابقة  

Posted by Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar in

Salam..

Alhamdulillah..syukur ke hadrat illahi,pada 24,25,26 dan 27 MAC 2009 lalu,ana telah menghadiri pertandingan SYARAHAN BAHASA ARAB DI INTIM..

Berkat doa ibu dan bapa,pensyarah-pensyarah dan kaum muslimin sekalian,ana telah mendapat tempat keempat..di bawah ini gambar-gambar ana menghadiri pertandingan tersebut:




 

Posted by Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar in

Inilah yg kita nak.....
Mesej:
Antara wasiat Imam Hassan al-Banna:
• Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
• Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.
• Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.
• Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
• Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.

 

Posted by Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar in

111. Al Lahab


AL LAHAB (GEJOLAK API)
SURAT KE 111 : 5 ayat



Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


TUKANG FITNAH ITU PASTI CELAKA


1. Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa[1607].


[1607]. Yang dimaksud dengan kedua tangan Abu Lahab ialah Abu Lahab sendiri.

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa suatu ketika Rasulullah saw. naik ke Bukit Shafa sambil berseru: "Mari berkumpul pada pagi hari ini!" Maka berkumpullah kaum Quraisy. Rasulullah bersabda: "Bagaimana pendapat kalian, seandainya aku beritahu bahwa musuh akan datang besok pagi atau petang, apakah kalian percaya kepadaku?" Kaum Quraisy menjawab: "Pasti kami percaya." Rasulullah bersabda: "Aku peringatkan kalian bahwa siksa Allah yang dahsyat akan datang." Berkata Abu Lahab: "Celaka engkau! Apakah hanya untuk ini, engkau kumpulkan kami?" Maka turunlah ayat ini (S.111:1-5) berkenaan dengan peristiwa yang melukiskan bahwa kecelakaan itu akan terkena kepada orang yang memfitnah dan menghalang-halangi agama Allah.
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan lainnya yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa istri Abu Lahab menyebarkan duri-duri di tempat yang akan dilalui Nabi saw. Ayat ini (S.111:1-4) turun berkenaan dengan peristiwa itu yang melukiskan bahwa orang yang menghalang-halangi dan menyebarkan permusuhan terhadap Islam akan mendapat siksa Allah.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Isra'il dari Abi Ishaq yang bersumber dari orang Hamdan bernama Yazid bin Zaid. Diriwayatkan pula oleh Ibnul Mundzir yang bersumber dari 'Ikrimah.)

 

Posted by Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar in

217. Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: "Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidilharam dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah[134]. Dan berbuat fitnah[135] lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.


[134]. Jika kita ikuti pendapat Ar Razy, maka terjemah ayat di atas sebagai berikut: Katakanlah: "Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar, dan (adalah berarti) menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah dan (menghalangi manusia dari) Masjidilharam. Tetapi mengusir penduduknya dari Masjidilharam (Mekah) lebih besar lagi (dosanya) di sisi Allah." Pendapat Ar Razy ini mungkin berdasarkan pertimbangan, bahwa mengusir Nabi dan sahabat-sahabatnya dari Masjidilharam sama dengan menumpas agama Islam.

[135]. Fitnah di sini berarti penganiayaan dan segala perbuatan yang dimaksudkan untuk menindas Islam dan Muslimin

CERITA  

Posted by Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar in

Makanan Rasulullah
Rubrik : Cinta Rasul

Meja makan dan piring silih berganti dipajang di rumah para pembesar kaum dan para penguasa. Lain halnya dengan Nabi umat ini, padahal negara beserta rakyatnya di bawah kekuasaan beliau. Unta yang penuh dengan muatan tiada henti-hentinya datang kepada beliau. Emas dan perak selalu terhampar di hadapan beliau. Tahukah kamu makanan dan minuman beliau. Apakah seperti hidangan para raja. Atau lebih mewah dari itu. Ataukah seperti hidangan orang-orang kaya dan bergelimang harta, atau lebih lengkap dan lebih komplit. Janganlah terkejut melihat hidangan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang sederhana lagi memprihatinkan. Anas bin Malik mengungkapkan kepada kita sebagai berikut: "Rasulullah tidak pernah makan siang dan makan malam dengan daging beserta roti kecuali bila menjamu para tamu." (HR. At-Tirmidzi).

Karena sedikitnya jamuan yang tersaji dan banyaknya peserta hidangan, beliau tidak dapat makan kenyang kecuali dengan susah payah. Tidak pernah sekalipun beliau dapat makan sampai kenyang kecuali ketika menjamu para tamu. Beliau dapat kenyang bersama para tamu yang mesti beliau layani.

'Aisyahradhiyallahu 'anha mengungkapkan: "Keluarga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah makan roti gandum sampai kenyang dua hari berturut-turut hingga beliau wafat." (HR. Muslim).

Dalam riwayat lain disebutkan: "Keluarga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah makan roti gandum sampai kenyang tiga hari berturut-turut semenjak tiba di kota Madinah sampai beliau wafat." (Muttafaq 'alaih).

Bahkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah tidak mendapatkan sesuatu untuk dimakan. Hingga beliau tidur dalam keadaan lapar, tidak ada sesuap makanan pun yang mengganjal perut beliau. Ibnu Abbas menuturkan sebagai berikut: "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan keluarga beliau tidur dalam keadaan lapar selama beberapa malam berturut-turut. Mereka tidak mendapatkan hidangan untuk makan malam. Sedangkan jenis makanan yang sering mereka makan adalah roti yang terbuat dari gandum." (HR. At-Tirmidzi).

Keadaan seperti itu bukan karena beliau tidak punya atau kekurangan harta. Justru harta melimpah ruah berada dalam genggaman beliau dan harta-harta pilihan diusung ke hadapan beliau. Akan tetapi, Allah memilih keadaan yang paling benar dan sempurna bagi Nabi-Nya.

'Uqbah bin Al-Harits berkata: "Pada suatu hari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengimami kami shalat Ashar. Seusai shalat, beliau segera memasuki rumah, tidak lama kemudian beliau keluar kembali. Aku bertanya kepada beliau, atau ada yang bertanya kepada beliau tentang perbuatan beliau itu. Beliau menjawab: "Aku tadi meninggalkan sebatang emas dari harta sedekah di rumah. Aku tidak ingin emas itu berada di tanganku sampai malam nanti. Karena itulah aku segera membagikannya." (HR. Muslim).

Kedermawanan yang menakjubkan dan pemberian yang tiada bandingannya hanya dapat dijumpai pada diri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Anas bin Malik mengungkapkan: "Setiap kali Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dimintai sesuatu karena Islam, beliau pasti memberinya. Pernah datang menemui beliau seorang laki-laki, lantas beliau memberinya seekor kambing yang digembala di antara dua gunung (kambing yang gemuk). Lelaki itu kembali menemui kaumnya seraya berseru: "Wahai kaumku, masuklah kamu ke dalam Islam! Sesungguhnya Muhammad selalu memenuhi segala permintaan seakan-akan ia tidak takut jatuh miskin." (HR. Muslim).

Meski dengan kedermawaan dan pemberian yang demikian menakjubkan itu, namun cobalah lihat keadaan diri beliau, Anas bin Malik menuturkannya kepada kita. Ia berkata: "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah makan hidangan di meja makan hingga beliau wafat, beliau juga tidak pernah makan roti yang terbuat dari gandum halus hingga beliau wafat." (HR. Al-Bukhari).

'Aisyahradhiyallahu 'anha mengisahkan: "Pada suatu hari, Rasulullah datang menemuiku. Beliau bertanya: "Apakah kamu masih menyimpan makanan?"
'Aisyahradhiyallahu 'anha menjawab: "Tidak ada!"
Beliau berkata: "Kalau begitu aku berpuasa." (HR. Muslim).

Dalam sebuah riwayat yang shahih disebutkan bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan keluarganya pernah selama sebulan atau dua bulan hanya memakan Aswadaan, yaitu kurma dan air. (HR. Bukhari & Muslim).

Meskipun hidangan yang beliau makan sangat sederhana dan sedikit, namun beliau tidak pernah lupa mensyukuri nikmat Allah. Sebagai cerminan dari akhlak beliau yang luhur dan etika islami yang agung. Begitu pula, beliau tidak lupa berterima kasih kepada orang yang menghidangkannya serta tidak mencela bila ada hal yang kurang berkenan. Sebab, meskipun orang yang memasaknya telah berupaya sebaik mungkin, akan tetapi kekurangan itu pasti selalu ada. Oleh sebab itu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah mencela makanan dan orang yang memasaknya. Beliau tidak akan menolak makanan yang disajikan dan tidak menuntut yang tidak tersaji. Beliau adalah Nabi umat ini, perhatian beliau tidaklah tertumpu pada masalah perut dan makanan.

Dari Abu Hurairah ia berkata: "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sama sekali tidak pernah mencela makanan. Beliau akan memakannya bila suka, bila tidak, beliau akan membiarkannya." (Muttafaq 'alaih).

Wahai saudaraku tercinta lagi mulia, bagi yang belum puas dan belum merasa cukup, akan saya bawakan secara ringkas ucapan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah sebagai berikut: "Adapun mengenai masalah makanan dan pakaian, sebaik-baik petunjuk di dalam masalah ini adalah petunjuk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Etika beliau terhadap makanan ialah memakan apa yang disajikan bila beliau menyukai-nya. Beliau tidak menolak makanan yang dihidangkan, dan tidak mencari-cari apa yang tidak tersedia. Jika disajikan roti dan daging, beliau akan memakannya. Bila dihidangkan buah-buahan, roti dan daging, beliau akan memakannya. Jika dihidangkan kurma saja atau roti saja, beliau pun memakannya juga. Bila dihidangkan dua jenis makanan, beliau tidak lantas berkata: "Aku tidak mau menyantap dua jenis makanan!" Beliau tidak pernah menolak makanan yang lezat dan manis. Dalam hadits beliau menyebutkan: "Akan tetapi aku berpuasa dan berbuka. Aku shalat malam dan juga tidur. Aku juga menikahi wanita dan juga memakan daging. Barangsiapa yang membenci sunnahku, maka ia bukan termasuk golongan-ku."

Allah telah memerintahkan kita supaya memakan makanan yang baik-baik dan memerintahkan supaya banyak-banyak bersyukur kepada-Nya. Barang siapa yang mengharamkan makanan yang baik-baik, ia tentu termasuk orang yang melampaui batas. Barang siapa yang tidak bersyukur, maka ia telah menyia-nyiakan hak Allah. Petunjuk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah petunjuk yang paling tepat dan lurus. Ada dua jenis orang yang menyimpang dari petunjuk beliau:
1. Kaum yang berlebih-lebihan, mereka memuaskan nafsu syahwat dan melarikan diri dari kewajiban.
2. Kaum yang mengharamkan perkara yang baik-baik dan mengada-adakan perbuatan bid'ah, seperti bid'ah rahbaniyyah yang tidak disyariatkan Allah. Sebab, tidak ada rahbaniyyah di dalam agama Islam."

Kemudian Syaikhul Islam melanjutkan: "Setiap yang halal pasti baik, dan setiap yang baik pasti halal. Karena Allah telah menghalalkan seluruh perkara yang baik-baik bagi kita dan mengharamkan seluruh perkara yang jelek. Dan termasuk makanan yang baik ialah yang berguna lagi lezat. Dan Allah telah mengharamkan seluruh perkara yang memudharatkan kita serta menghalalkan seluruh perkara yang bermanfaat bagi kita.

Kemudian beliau Shallallaahu alaihi wasalam melanjutkan: "Umat manusia memiliki selera yang beraneka ragam dalam hal makanan dan pakaian. Kondisi mereka berbeda-beda pada saat lapar dan kenyang. Keadaan seorang insan juga selalu berubah-ubah. Akan tetapi, amal yang terbaik adalah yang paling mendekatkan diri kepada Allah dan yang paling bermanfaat bagi pelakunya." (Majmu' Fatawa II / 310) [alsofwah.or.id]
Galeria @ KotaSantri

السلام عليكم  

Posted by Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar in

Muslimin Muslimat Rahimakumullah…

Statistik jenayah dan maksiat yang semakin hari semakin meningkat sudah cukup untuk membimbangkan hati kita.Malah yang lebih menyusahkan hati kita lagi apabila memikirkan tentang nasib dan cara hidup yang bakal ditempuhi oleh anak-cucu kita pada masa akan datang.

Tidak ada syak dan wasangka lagi,mereka yang paling bertanggungjawab menyebabkan semua perkara tersebut berlaku dan terus meningkat dari masa kesemasa adalah kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.Malah mereka jugalah dalam masa 50 tahun menaja,menjana dan memperkasakan semua gejala yang meruntuhkan tamadun kemanusiaan ini.Hukum dan peraturan Allah dengan sengaja dipinda dan ditiadakan kerana memenuhi kehendak hawa nafsu mereka.

Adalah teramat mustahil kalau kita “mengharapkan sisik pada ikan keli” atau “ mengharapkan matahari di tengah malam”…. Dalam ertikata lain adalah tidak masuk akal kalau kita mengharapkan kerajaan UMNO dan BN untuk menghentikan semua kehendak dan kemahuan nafsu serakah mereka.

Justeru,kita sebagai ummat Nabi Muhammad SAW yang telah dibebankan oleh Allah SWT dengan kewajipan berdakwah (“amar maaruf dan nahi mungkar”), maka kitalah yang mesti berusaha dan bertindak bagi menyedarkan masyarakat Islam agar kembali beramal dengan cara hidup Islam sekaligus mencegah kemaksiatan yang mereka lakukan.

• Apakah segalanya akan selesai hanya dengan keluhan kita,setelah kita mendengar pendedahan mengenainya ketika menuntut ilmu di masjid dan surau?
• Apakah dengan melahirkan rasa marah dan benci kepada UMNO dan BN kerana mendidik rakyat dengan maksiat dan kemungkaran mampu menghapuskan gejala keji tersebut.
• ATAU setiap kita yang beriman dan kasih kepada Allah SWT berasa bertanggungjawab untuk membasminya dengan kita sama-sama bangkit menyemarakkan dakwah (amar maaruf nahi mungkar) di tengah-tengah masyarakat kita dengan lisan,tulisan dan amalan (contoh yang baik). MAKA:

o Bangunlah wahai ummat Muhammad SAW! Bangkitlah menyelamatkan umat islam yang sedang hanyut di dalam arus jahiliyyah moden ini!
o Bedirilah sebagai ummat dakwah yang diwarisi oleh Nabi Muhammad SAW dengan sabdanya yang bermaksud:

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran,maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya.Jika ianya tidak berkuasa,maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya.Jika sekiranya ia tiada juga kuasa,maka hendaklah ia mengubah dengan hatinya.Dan demikianlah itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim)

 

Posted by Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar in

Assalamualaikum dan salam hormat,
terlebih dahulu sebelum memulakan kalam yang lebih panjang,marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah kurnianya,kita semua diberikan kesempatan untuk hidup dan memakmurkan bumi dan alam ini dengan sebaiknya.Tidak lupa kepada para Mujahid,syuhada dan alim..

assalamualaikum...
Terlebih dahulu sebagai wadah pembuka bicara,ana mulakan ruangan hati ke hati ini yang di bawakan live melalui "SINAR AL-HUFFAZ"...MUQADDIMATUL AWAL,selawat dan salam ke atas para nabi,especially ke atas junjungan besar NABI MUHAMMAD S.A.W,PARA SYUHADA especially yang dok kat SEMENANJUNG GAZA,tidak dilupakan kepada para mujahid dan mujahidah di sana.Moga mereka semua berada dalam kerahmatan dan lindungan keselamatan daripada ALLAH..

Ana kat sini nak tulis sikit coretan hidup ana bermula dari kluaqnya result SPM ni...Sapa nak tau nih???kenala angkat tangan...he6..Mulanya ana masuk ke INTEC UITM...THEN MASUK DARUL QURAN JAKIM...SKANG NI...???masih lagi dok blajaq..dok kat IPGM IB DISAMPING PENGAJIAN JARAK JAUH DI DARUL QURAN tula,insyaallah ada rezeki jugak ana nak fly gi MESIR..insyaallah...sekarang ini jugak menjadi SEORANG USTAZ dan tenaga pengajar di dq sana disamping menyampaikan ceramah-ceramah di sekitar NEGERI SELANGOR INI.BERHARAP MENJADI AL-HAFIZ DALAM USIA 20TAHUN DAN TALIBAN MISALIYYAN...BUKAN UNDERGROUND HAH...insyaallah yang dikenali masyarakat...jadi,doakan kejayaan ana ni...
TIDAK LUPA BUAT IBU BAPAKU YANG SERINGKALI MEMBERI dorongan dan sokongan dalam menentukan arah tuju kehidupanku ini..tanpa mereka berdua,tidak akan lahirlah ana di atas dunia yang penuh dengan rintangan dan dugaan ini.Mereka jugalah yang memeberi ana untuk maju dan terkehadapan dalam PELAJARAN sekarang...SHUKRAN JAZIL YA UMMI WAL ABI..JASA UMMI DAN ABI takkan angah lupakan buat selamanya..Moga UMMI,ABI,USRATI dan SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA INI berjaya menempuhi alam dunia bahkan jua alam akhirat kelak.Tak lupa buat kak MIN!!JGAN LUPA BALIK DARI UNITED KINGDOM NI,BELI KAT APIS PRESENT TAU...JUGAK AKHI WAL UKHTI ANA YANG BERADA DI LUAR TERRITORY OF MALAYSIA...JAGA DIRI BAIK2..JGAN LUPA sentiasa hubungi ana di sini...he6..UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA'....

JAZAKALLAH!!!!!

DR.USTAZ HAFIZ
P/S DISELIT DENGAN BAHASA SLANGA(NEGERI CEK LA:KEDAH DAARUUL AMAN)

ni gambar-gambar ana bagi ceramah: