السلام عليكم  

Posted by Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar in

Muslimin Muslimat Rahimakumullah…

Statistik jenayah dan maksiat yang semakin hari semakin meningkat sudah cukup untuk membimbangkan hati kita.Malah yang lebih menyusahkan hati kita lagi apabila memikirkan tentang nasib dan cara hidup yang bakal ditempuhi oleh anak-cucu kita pada masa akan datang.

Tidak ada syak dan wasangka lagi,mereka yang paling bertanggungjawab menyebabkan semua perkara tersebut berlaku dan terus meningkat dari masa kesemasa adalah kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.Malah mereka jugalah dalam masa 50 tahun menaja,menjana dan memperkasakan semua gejala yang meruntuhkan tamadun kemanusiaan ini.Hukum dan peraturan Allah dengan sengaja dipinda dan ditiadakan kerana memenuhi kehendak hawa nafsu mereka.

Adalah teramat mustahil kalau kita “mengharapkan sisik pada ikan keli” atau “ mengharapkan matahari di tengah malam”…. Dalam ertikata lain adalah tidak masuk akal kalau kita mengharapkan kerajaan UMNO dan BN untuk menghentikan semua kehendak dan kemahuan nafsu serakah mereka.

Justeru,kita sebagai ummat Nabi Muhammad SAW yang telah dibebankan oleh Allah SWT dengan kewajipan berdakwah (“amar maaruf dan nahi mungkar”), maka kitalah yang mesti berusaha dan bertindak bagi menyedarkan masyarakat Islam agar kembali beramal dengan cara hidup Islam sekaligus mencegah kemaksiatan yang mereka lakukan.

• Apakah segalanya akan selesai hanya dengan keluhan kita,setelah kita mendengar pendedahan mengenainya ketika menuntut ilmu di masjid dan surau?
• Apakah dengan melahirkan rasa marah dan benci kepada UMNO dan BN kerana mendidik rakyat dengan maksiat dan kemungkaran mampu menghapuskan gejala keji tersebut.
• ATAU setiap kita yang beriman dan kasih kepada Allah SWT berasa bertanggungjawab untuk membasminya dengan kita sama-sama bangkit menyemarakkan dakwah (amar maaruf nahi mungkar) di tengah-tengah masyarakat kita dengan lisan,tulisan dan amalan (contoh yang baik). MAKA:

o Bangunlah wahai ummat Muhammad SAW! Bangkitlah menyelamatkan umat islam yang sedang hanyut di dalam arus jahiliyyah moden ini!
o Bedirilah sebagai ummat dakwah yang diwarisi oleh Nabi Muhammad SAW dengan sabdanya yang bermaksud:

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran,maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya.Jika ianya tidak berkuasa,maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya.Jika sekiranya ia tiada juga kuasa,maka hendaklah ia mengubah dengan hatinya.Dan demikianlah itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim)

This entry was posted on Tuesday, April 14, 2009 at 2:10 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Post a Comment