
Festival Kedah Sejahtera
PENGENALAN
Negeri Kedah Darul Aman atau lebih dikenali dengan Negeri Jelapang Padi terletak di bahagian Utara Semenanjung Malaysia meliputi kawasan seluas 9,245 km persegi. Negeri Kedah yang berkepadatan penduduk hampir 2 juta orang terkenal dengan pelbagai tarikan destinasi pelancongan yang menarik antaranya Pulau Langkawi.
Festival Kedah Sejahtera adalah hasil penjanaan idea dari Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dalam usaha menyampaikan visi dan misi kerajaan kepada seluruh rakyat. Penganjuran ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam memupuk persekitaran masyarakat yang harmoni seterusnya untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat dan negeri.
Festival Kedah Sejahtera bakal berlansung pada :
Tarikh : 22 Julai 2009 hingga 28 Julai 2009
Tempat : Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani.
KUNJUNGAN DI RAJA
* Penganjuran festival ini bakal menerima kunjungan di raja dari Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 23 Julai 2009.
Acara menarik yang bakal berlangsung sepanjang Festival Kedah Sejahtera 2009 adalah seperti berikut:
* Konsert oleh Ramli Sarip dan Ezad
* Persembahan nasyid daripada Hijjaz, Akil Hayy dan Suhaimi
* Siaran langsung dari tapak di tv9 program Halaqah dan Nasi Lemak Kopi O
* Forum Perdana Hal Ehwal Islam
* Ceramah motivasi PMR dan UPSR oleh Dr. Shukri Abdullah
* Pertandingan Paint ball
* Deklamasi Puisi oleh A.Samad Said
dan banyak lagi acara menarik menanti ada...Semua acara tertakluk kepada sebarang perubahan.
This entry was posted
on Thursday, July 23, 2009
at 5:59 PM
and is filed under
AM
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.
Diriku...
- Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar
- merupakan salah seorang mahasiswa yang masih dalam pengajian.semoga dengan kehadiran dan kemunculan blog ini dapat diambil manfaat sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan seharian pemilik dan pembaca sekalian.segala kelemahan dan kekurangan datang daripada diri sendiri,dan segala kebaikan datang daripada Allah S.W.T.
Lencana Facebook...
Tetamu...
Mindaku...
- August 2013 (1)
- December 2009 (2)
- August 2009 (26)
- July 2009 (7)
- April 2009 (10)
Pautan Handai Dan Taulan
Pautan Politik
Pautan Politikus
Pautan Dakwah
Pautan Media
Pautan NGO
Pautan Pro-Kerajaan
Trafik Blog
Demi masa...
Waktu Solat
Siri Kuliah Agama...
Selamatkan Gaza...
Kerajaan Negeri
- http://www.kedah.gov.my/


