
14 Julai 2009
MANEK URAI : MUKTAMAD : PAS menang
PAS : 5,348
BN : 5,283
Undi Di Tolak : 117
Majoriti : 65
Peratus undi : 87%
Calon PAS kekalkan DUN Manek Urai, majoriti tipis
Oleh NURUL AIN
KUALA KRAI: PAS berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti tipis 65 undi.
Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah memperoleh 5,348 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat menerima 5,283.
Majoriti PAS pada Mac 2008 ialah 1,352 undi.
Ia diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin pukul 9.07 malam selepas suasana cemas dengan kiraan undi di beberapa pusat mengundi sejak 7 malam tadi.
Sejak 7 malam tadi muncul pelbagai desas-desus bahawa masing-masing calon PAS dan BN mencapai kemenangan di kubu kuat PAS ini.
Kerusi DUN Manek Urai kosong berikutan kematian Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu. Ismail, 60, daripada PAS memenangi kerusi Manek Urai sejak pilihan raya umum 1985 kecuali pada 2004.
Pada pilihan raya umum ke-12, Ismail yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Krai menewaskan Mohamed Zulkifli dari BN dengan majoriti 1,352 undi.
Seramai 12,293 pengundi layak untuk calon pilihan mereka antara Tuan Aziz dan Fauzi. Hampir 99.2 peratus pemilih adalah kaum Melayu sementara hanya 0.46 peratus Cina, 0.23 peratus India dan 0.11 peratus kaum-kaum lain.
This entry was posted
on Tuesday, July 14, 2009
at 7:18 AM
and is filed under
POLITIK
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.
Diriku...
- Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar
- merupakan salah seorang mahasiswa yang masih dalam pengajian.semoga dengan kehadiran dan kemunculan blog ini dapat diambil manfaat sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan seharian pemilik dan pembaca sekalian.segala kelemahan dan kekurangan datang daripada diri sendiri,dan segala kebaikan datang daripada Allah S.W.T.
Lencana Facebook...
Tetamu...
Mindaku...
- August 2013 (1)
- December 2009 (2)
- August 2009 (26)
- July 2009 (7)
- April 2009 (10)
Pautan Handai Dan Taulan
Pautan Politik
Pautan Politikus
Pautan Dakwah
Pautan Media
Pautan NGO
Pautan Pro-Kerajaan
Trafik Blog
Demi masa...
Waktu Solat
Siri Kuliah Agama...
Selamatkan Gaza...
Kerajaan Negeri
- http://www.kedah.gov.my/


