Bibit Perpecahan Perlu Dielakkan  

Posted by Mohd. Nor Hafiz Bin Haji Omar in

Sejak beberapa hari yang lalu, kes Dr Hassan Ali yang menempelak Ronnie Liu berkaitan isu arak memberi pelbagai reaksi yang menarik kepada semua. Masing-masing saling tuduh menuduh, tiada perbincangan. Blogger2 pula tak habis2 mengapi-apikan perkara tersebut. Blogger PR pulak tu. Masalah betul. Perkara yang kecil sebegini bukan digunakan untuk kita membesar-besarkan sangat, bukan untuk meraih populariti blog anda! Ianya melibatkan perpaduan PR itu sendiri sebenarnya.

Tiada maknanya kita terlalu menyokong kedua-dua belah pihak secara melulu tanpa kembali memberi ruang kepada mereka untuk memperbetulkan kembali kesilapan masing2. Sekarang bukan masa siapa betul dan siapa salah. Merujuk kepada kes tersebut, Ronnie mungkin secara logiknya tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan arak yang diharamkan dalam Syariat Islam itu sendiri. Tindakannya campur tangan dalam kes rampasan itu mungkin beliau melihat dari sudut minuman keras dan alkohol yang difahami kepala otaknya itu. Kalau kita sebagai islam minuman keras dan alkohol adalah perkara sama haramnya tidak berubah hukum, hanya berbeza peratusan sahaja menyebabkan istilah berubah, kandungannya sama.

Dr Hasan pula cepat sangat melatah, sampai nak mohon dipecatkan Ronnie dari menjadi Exco Kerajaan Negeri. Mungkin beliau marah dengan tindakan Ronnie Liu tapi tidak perlu mengeluarkan kenyataan berbaur pepecahan, hanya merugikan PR secara keseluruhannya. Kes ni akan digunakan oleh media putar alam memutar seboleh-bolehnya supaya isu ini menjadi lebih keruh dan peluang ini akan digunakan sebaik mungkin untuk meraih populariti mereka dalam Pilihanraya akan datang dengan memburukkan PR. Ini semua merugikan kita sebenarnya.

Pada pandangan saya, perkara seumpama ini boleh diselesaikan secara baik dan tidak berlarutan sampai menjadi lebih parah. Ronnie tu bukan islam, mana la dia tau sangat hukum hakam ni. Sepatutnya yang perlu dipersalahkan dalam kes arak ni ialah kerajaan pusat sendiri, mereka yang "menghalalkan arak di Malaysia" sejak dahulu lagi. Kepala-kepala yang memerintah dan "menghalalkan arak" adalah dikalangan orang yang namanya Islam. Maka mereka itu lebih teruk dari Ronnie. Orang Islam yang menjadi musuh kepada orang islam sendiri.

Diharapkan setiap pihak yang terlibat perlu kembali kepada perpaduan yang terbina. Sukar sebenarnya PR ingin bersatu padu seperti sekarang, sudah banyak sejarah telah dicatatkan bagaimana persengketaan diantara PAS-DAP. Amat sukar untuk mencari titik pertemuan dan kesatuan itu sendiri, diharapkan kita semua menghargai perpaduan yang sudah sedia terjalin sekarang. Jangan kita robohkan dan ranapkan apa yang dibina, bersusah payah sejak dahulu lagi.

Setiap permasalahan yang timbul mestilah diselesaikan secara aman dan profesional. Mustahil tidak timbul sebarang masalah di dalam sesebuah pertubuhan, ni kan pula pemerintahan sebuah negeri. Masalah mesti lebih besar, lebih mencabar dan memerlukan komitmen dan iltizam yang tinggi. Sedangkan lidah lagi tergigit. InsyaAllah setiap masalah akan dapat diselesaikan dengan berhemah, sekiranya kita saling hormat menghormati sesama agama, bangsa, dan budaya.

This entry was posted on Sunday, August 9, 2009 at 5:41 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Post a Comment